Bantuan Modal Perniagaan Hazlinawati
Story
Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada tuan-tuan dan puan-puan. Saya, Hazlinawati ingin memohon sedikit bantuan daripada tuan-tuan dan puan-puan bagi membantu saya dalam urusan harian keluarga kami. Saya telah dibuang kerja sejak bulan April 2021 lagi, dan semenjak dari itu, hanya suami seorang sahaja yang menanggung semua perbelanjaan. Suami saya mengalami anxiety (kemurungan), oleh itu saya sebolehnya ingin mengelakkan beliau daripada selalu risau, lebih-lebih lagi dengan keadaan sekarang yang tidak membolehkan saya mencari pekerjaan yang baru. Buat masa ini, saya ada berniaga kecil-kecilan di rumah dan saya mempunyai empat orang anak, tiga daripada mereka masih bersekolah dan seorang lagi sedang menunggu keputusan untuk sambung belajar. Dua orang adik ipar dan juga dua orang anak saudara juga tinggal bersama kami dalam satu rumah. Tujuan saya memohon bantuan ini adalah untuk menambah serba sedikit barang jualan saya yang mana boleh membantu kami untuk menambah pendapatan keluarga.
Name | Donate Amount | Date |
---|---|---|
Anonymous | RM500.00 | 2021-10-30 4:27 am |
Reviews
There are no reviews yet.