Bantuan Keluarga Faiz
Story
Saya, Faiz Bin Moharam yang juga OKU pendengaran ingin memohon bantuan kewangan daripada orang ramai yang sudi menderma. Tambahan pula, kandungan isteri saya sudah mencecah usia 5 bulan. Buat masa ini, kami menyewa bilik di Kota Warisan, Selayang dan saya masih lagi mencari kerja bagi menampung pembelanjaan harian keluarga kami. Semenjak diberhentikan kerja oleh majikan lama, kami hilang punca pendapatan sepenuhnya dan kehilangan tempat tinggal yang sebelum ini disediakan oleh majikan lama. Disebabkan itu, kami menyewa bilik yang sekarang kami diami kerana itu sahaja yang saya mampu sediakan untuk keluarga saya. Untuk makluman tuan dan puan bilik yang kami diami sudah tertunggak sebanyak RM300. Saya ingin memohon bantuan kewangan untuk membeli barang keperluan seharian sementara saya mencari pekerjaan yang baru untuk menampung keluarga saya.Â
Name | Donate Amount | Date |
---|---|---|
Anonymous | RM1,000.00 | 2021-10-30 2:41 am |
Reviews
There are no reviews yet.